SOBACO
0

Log masuk ke SOBACO

Teruskan dengan Google

atau

Baru di sini? Daftar akaun

SOBACO Rewards · Ganjaran SOBACO: kumpul mata setiap pesanan dan guna untuk diskaun. Ganjaran SOBACO

Pemulangan

Terpakai untuk: pesanan di laman web SOBACO dan kedai fizikal. Pesanan TikTok Shop / Shopee: sila guna proses pemulangan dalam aplikasi platform masing-masing.

2.1 Barang rosak, salah atau berbeza daripada keterangan

• Maklumkan kami dalam tempoh 7 hari bekerja selepas barang diterima, bersama nombor pesanan, gambar/video unboxing dan gambar kecacatan.

• Kami akan menggantikan barang (tertakluk stok) atau membuat bayaran balik penuh termasuk kos penghantaran asal. Kos penghantaran pemulangan dan penghantaran semula ditanggung oleh SOBACO.

2.2 Tukar saiz

• Kami menerima tukar saiz sahaja (tiada pemulangan wang atas sebab tukar fikiran). Permintaan tukar saiz boleh dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas barang diterima, secara online atau walk-in. Anda juga boleh walk-in ke kedai kami di No 17-G, Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur untuk tukar saiz (tertakluk stok, dalam waktu operasi).

• Syarat: barang belum dipakai, belum dibasuh, tag dan pembungkusan asal masih ada, dan bebas bau/kotoran.

• Jika anda ingin menukar saiz, kos penghantaran pemulangan dan penghantaran semula ditanggung oleh pembeli. Jika kesilapan daripada kami (salah saiz, salah barang atau rosak), SOBACO menanggung semua kos penghantaran.

• Barang tempahan khas (custom) tidak boleh ditukar saiz, kecuali rosak atau salah.

2.3 Cara memulangkan

1. Hubungi kami di WhatsApp 018-667 7372 atau admin@sobacomy.com dengan nombor pesanan dan sebab.

2. Kami akan sahkan kelayakan dan beri alamat pemulangan dalam 2 hari bekerja.

3. Pos barang dengan nombor penjejakan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas bungkusan yang hilang tanpa bukti penghantaran (kecuali untuk kes 2.1).

2.4 Bayaran balik

• Diproses dalam tempoh 3–4 hari bekerja selepas kami menerima dan memeriksa barang.

• Dibuat ke kaedah bayaran asal, atau pindahan bank jika kaedah asal tidak dapat digunakan. Bayaran tunai di kedai fizikal dikembalikan secara tunai atau pindahan bank.

• Mata ganjaran yang digunakan akan dikembalikan ke akaun; mata yang diperoleh daripada pesanan tersebut akan ditarik balik.

• Bayaran balik hanya dibuat untuk barang rosak atau salah yang tidak dapat diganti.

2.5 Pembatalan

• Pesanan boleh dibatalkan sebelum dibungkus/dihantar dengan menghubungi kami. Pesanan yang belum dibayar akan dibatalkan secara automatik selepas 3 hari.

• Jika anda tersilap memasukkan butiran pesanan (saiz, alamat), hubungi kami secepat mungkin — kami akan membetulkannya jika barang belum dihantar.

Polisi ini tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Alamat pemulangan

SBC (SOBACO MY ENTERPRISE)
No 17-G, Jalan Wangsa Delima 5
Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
W.P. Kuala Lumpur