Penghantaran
• Kawasan: seluruh Malaysia dan antarabangsa. Caj penghantaran antarabangsa dikira semasa checkout.
• Masa pemprosesan: pesanan yang telah dibayar dibungkus dan diserahkan kepada kurier dalam 1 hari bekerja (pesan hari ini, dipos esok). Pesanan pra-tempahan (pre-order) mengikut tarikh yang dinyatakan di halaman produk.
• Anggaran masa penghantaran selepas dihantar: Semenanjung 2–4 hari bekerja; Sabah, Sarawak & Labuan 4–7 hari bekerja.
• Kurier: Pos Laju, J&T Express, Ninja Van, DHL eCommerce, SPX Express, GDEX, City-Link dan lain-lain melalui EasyParcel.
• Caj penghantaran: dikira secara automatik melalui EasyParcel mengikut berat bungkusan, destinasi dan kurier yang anda pilih, dan dipaparkan semasa checkout sebelum bayaran. Promosi penghantaran (jika ada) akan dipaparkan di laman web dan semasa checkout.
• Penjejakan: nombor penjejakan dihantar melalui e-mel/WhatsApp dan boleh disemak di halaman "Jejak Pesanan".
• Ambil sendiri (self-pickup) atau Lalamove: boleh dipilih semasa pesanan. Kos Lalamove ditanggung pembeli. Ambil sendiri / tukar saiz walk-in: di kedai kami di Wangsa Maju dalam waktu operasi (Isnin tutup; Selasa–Khamis 1 ptg–10 mlm; Jumaat 3 ptg–12 tgh malam; Sabtu & Ahad 1 ptg–12 tgh malam).
• Alamat salah / gagal dihantar: pelanggan menanggung kos penghantaran semula jika alamat yang diberi tidak lengkap atau salah. Bungkusan yang dikembalikan kepada kami akan disimpan selama 14 hari.
• Bungkusan rosak atau hilang: maklumkan kami dalam 48 jam selepas terima (rosak) atau jika tiada kemas kini penjejakan selama 7 hari (hilang). Kami akan membuat tuntutan dengan kurier dan menggantikan atau membayar balik.
• Kelewatan akibat cuti umum, cuaca, atau gangguan kurier mungkin berlaku.

